Wednesday, June 1, 2011

matang ~~

                                              semoga hari² mendatang mematang kan aku ~~


hari-hari yang aku lalui semakin mencabar kedewasaan aku ..
aku memohon kepada-Mu untuk aku lebih tabah megharungi dugaan ini semua ..
semakin banyak dugaan , semakin hampir aku kepada-Mu ..
aku tak mampu nak lalui semua ni seorang diri ..
semoga diri ini tabah YA ALLAH ....
aku mengharap kehidupan aku ini akan lebih bermakna selepas ini ..
Ya Tuhan beri kan lah kekuatan kepada hamba mu ini .....
amin.....

Sunday, May 8, 2011

~harapan~


Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya . Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu . Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku .. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda . Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian . Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda . Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai . Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya . Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata . Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya . Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya . Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik . Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya . Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat . Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja . Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda . Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya . Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

kenapa ?~~


tiba-tiba aku rasa macam nak nangis malam-malam ni . sedih , kecewa , tak puas hati , geram . sebab benda kecik aku dipersalah kan . apa yang aku buat semua nya salah , tak betul . aku dah cakap elok-elok pun , tetap nampak aku yang buat salah .
aku tak tau nak buat apa lagi . aku dah buat baik pn tak pandang . kalau aku buat jahat , memang sah-sah la aku yg kena . tapi , aku tak pernah dendam , merungut , mengungkit . sampai 1 tahap . argghh ! apa semua ni .. aku tak tahan nak tanggung benda ni sorang-sorang . bila aku luah kan . cakap , aku tak matang . aku sangat tak suka nak cari kesalahan orang . kenapa lah tak paham-paham lagi . bukannya kenal aku baru sehari dua kan ? so , kenapa nampak aku je yg salah ? aku tak rasa pun benda yang aku buat tu salah . maybe , sbb dh bnci kat aku . semua tu memang nampak tak kena lah kan ?
ish , tak paham lah aku . sekarang aku dh buat keputusan . aku harap betul lah apa yg aku buat ni . tak apa , sekurang-kurangnya aku ada kawan-kawan . harap-harap kawan aku boleh bagi sokongan kat aku . semoga Tuhan tabah kan hati aku . ini semua dugaan dr-Nya . AMIN

Wednesday, April 20, 2011

indahnya ikhlas

Sewaktu di sekolah menengah, seorang pelajar baru bernama Aminah pindah ke sekolah saya yang majoriti pelajarnya berbangsa Cina dan Melayu. Sepertimana di sekolah lain, setiap bulan kami menduduki ujian bulanan untuk setiap subjek. Pelajar Cina terkenal cemerlang dalam beberapa subjek tertentu, pelajar Melayu pula cemerlang dalam subjek lain, manakala yang India pula lain ceritanya.

Bagaimanapun, satu subjek di mana pelajar Cina dan India sentiasa menewaskan pelajar Melayu ialah Bahasa Inggeris. Ini kerana, ramai daripada pelajar Cina dan India ibubapanya berpendidikan tinggi dan bercakap dalam Bahasa Inggeris di rumah. Malah, ramai yang ada tutor persendirian pula.

Entah macam mana, dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan Lima, saya mendapat markah yang tinggi dalam Bahasa Inggeris. Saya pun apa lagi, terasa bangga dan menunjukkannya kepada Aminah. Namun reaksinya menghairankan saya. "Wow! Alhamdulillah, Jam. Awak kalahkan semua pelajar lain!" Saya terpegun sejenak dan terfikir, "Dia gembira kerana saya?" Tapi paling memeranjatkan saya ialah bila dia menunjukkan pula kepada saya kertas ujiannya sendiri. Markahnya lebih rendah daripada saya. Terpempan saya dibuatnya. Bagaimana boleh dia bergembira sedangkan yang mendapat markah tinggi saya, bukannya dia?

Saat itu saya sedar bahawa dialah kawan sejati yang amat sukar ditemui. Sejak itu, saya amat menyayangi dan menghormatinya sebagai seorang rakan. Buat diri saya, inilah pengajaran tentang pentingnya IKHLAS, bagaimana sepatutnya seorang insan yang ikhlas harus berkelakuan kepada orang lain. Ia sesuatu yang baru untuk diri saya. Selama ini saya menyangka, sikap dengki, iri hati dan cemburu bila orang lain melebihi diri kita adalah kelaziman di dunia ini. Alangkah bersyukurnya saya kerana dipertemukan dengan sahabat yang hatinya semulia dia.

KEIKHLASAN SUMBER KETENANGAN JIWA

Sebagai ibu bapa atau pendidik, tahukah anda bahawa angka remaja yang membunuh diri dan yang menderita pelbagai tekanan jiwa di seluruh dunia kini meningkat tinggi? Satu sebab utama ini berlaku kerana remaja ramai yang mencari makna dan ketenangan hidup dari sumber yang tidak wajar. Alkohol, dadah, perhubungan bebas luar nikah, merokok, dan bermacam lagi hanya membawa kepada tekanan jiwa, kehidupan yang penuh derita, kosong dan tiada makna.

Dalam Islam, keikhlasan adalah titik tolak setiap fikiran dan perbuatan kita. Ini bermakna, apa sahaja yang kita lakukan semata-mata bertujuan mencari keredhaan Allah Maha Pengasih. Cuba anda renung sejenak. Mengapa pula Allah menghendaki sedemikian sedangkan Dialah Yang Maha Berkuasa? Jawabnya: Kerana Allah Maha Pengasih tahu hanya keikhlasan yang boleh menjamin kesejahteraan hidup kita. Satu-satunya cara untuk kita gembira dalam hidup ialah apabila kita ikhlas berbuat apa sahaja semata-mata kerana Allah, tanpa mengharapkan pujian orang lain.

Tidak lama dulu, saya mengikuti seminat Heart Purification (Penyucian Hati) dianjurkan oleh Institut AlKauthar (http://www.alkauthar.org), diajar oleh Sheikh Abu Abdissalam. Keratan notanya, bila diterjemahkan, berbunyi begini:

"Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28.'"

Pada hemat saya, ayat di atas cukup menarik kerana ia memberi bukti yang kukuh mengapa kita mesti ikhlas. Ibu bapa dan pendidik perlu peka; jika inginkan anak-anak dan anak didik yang benar-benar gembira, tenang dan berjaya hidupnya, ajar mereka supaya ikhlas. Emosi negatif seperti dengki mendengki, cemburu dan iri hati tidak bertempat, tamak haloba dan benci akan lenyap dengan sendirinya bila kita ikhlas.

TIPS MENGAJAR ANAK SUPAYA IKHLAS

Ikhlas juga bermakna kita bersikap jujur dan tidak berpura-pura. Telus dengan diri sendiri dan orang lain serta mengakui kelemahan diri sendiri. Bayangkan jika diri tidak ikhlas. Ia hanya membuatkan anda pincang. Bagaimana mungkin anda boleh menjadi orang yang lebih baik jika tidak telus dengan diri sendiri? Bagaimana mungkin mengharapkan untuk mendidik anak menjadi ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?

Cara-cara mudah untuk mendidik anak bersikap ikhlas:

1. Terapkan dalam mindanya. Ulang dan ulang lagi. Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim buat." Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas, semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya."Jika anda ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran anak anda.
2. Jangan salahkan orang lain. Meskipun orang lain tidak tahu kesilapan anda, akuilah jika anda yang bersalah.Jangan sekali-kali menganggap diri terlalu mulia untuk meminta maaf kepada suami atau isteri, anak, rakan, jiran atau ibu bapa sendiri.Tanyalah "Apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?"
3. Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang anda lakukan. Ini penting, lebih-lebih lagi jika orang yang anda bantu langsung tidak menghargai usaha anda atau lebih teruk, membalasnya dengan kata-kata kesat.Yakinlah bahawa Allah akan memberi anda ganjaran bagi kebaikan yang anda lakukan.
4. Bergembiralah jika orang lain lebih baik daripada anda. Seperti kawan baik saya, Aminah, tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya. Doakanlah untuk kesejahteraan mereka seperti anda mendoakan untuk diri anda dan keluarga sendiri.

Terbaru, saya menghadiri satu lagi seminar anjuran Institut AlMaghrib (http://almaghrib.org) berjudul A Heart Serene (Hati Yang Tenang) yang diajar oleh Sheikh Riad Ouarzazi. Petikan daripada notanya bila diterjemah berbunyi begini:

Beberapa tanda keikhlasan:

* Niat yang murni sebelum memulakan sesuatu perbuatan
* Menyempurnakan apa sahaja yang dibuat sama ada dilihat oleh orang lain atau sebaliknya
* Mengalu-alukan nasihat daripada rakan taulan
* Sentiasa insaf dengan kelemahan sendiri
* Merasakan yang sumbangan anda kecil berbanding orang lain
* Dan banyak lagi ...

Saya kira anda mungkin tertanya-tanya apa yang terjadi kepada sahabat karib saya, Aminah. Kini beliau seorang pakar psikiatri pediatrik, iaitu doktor pakar penyakit mental kanak-kanak. Saya boleh bayangkan beliau sekarang, melayani semua kanak-kanak yang berjumpa dengannya dengan senyumannya yang mesra dan ikhlas. Tidak syak lagi, beliau menceriakan sesiapa sahaja yang menemuinya!

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, April 6, 2011

~aishiteru~


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Back to [*][**]

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Back to [*][**]

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru

Friday, April 1, 2011

Orang awam kurang jelas maklumat tenaga nuklear

MAHASISWA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencadangkan perbahasan dan perbincangan berkaitan tenaga nuklear dibincangkan secara terbuka dalam usaha memberi kefahaman kepada masyarakat.

Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), Ahmad Muzzammil Muhd Hairi
berkata, kefahaman itu penting supaya masyarakat dapat memperoleh maklumat sebenar dan tidak meninggalkan persoalan tidak terjawab.


Menurutnya, tanpa kefahaman itu, masyarakat akan terus menolak cadangan tanpa usul periksa kerana hanya terpengaruh dengan tanggapan negatif sedangkan kebaikannya tidak diketahui dan disebarkan.

“Tenaga nuklear termasuk dalam kategori tenaga hijau, ada pro dan kontra, justeru pelaksanaannya di negara ini perlu dibahaskan secara terbuka dan kepada semua lapisan masyarakat agar mendapat gambaran sebenar.

“Dalam hal berkaitan tenaga nuklear, orang ramai masih tidak mendapat kefahaman dan penjelasan tepat serta mudah membuat telahan bersifat sensasi dan tidak bertanggungjawab. Sebab itu, ia perlu diimbangkan dengan penerangan yang betul,” katanya.

Beliau turut mencadangkan penganjuran siri penerangan mengenainya diperluaskan semua pihak selain pihak terbabit memainkan peranan proaktif bagi membantu pihak lain.

Bantuan media massa juga penting kerana pengaruhnya begitu meluas dan mudah diterima ramai.

“Siri penerangan perlu dilakukan dengan kaedah mudah difahami supaya maklumat ingin diberikan mampu difahami. Perbahasan mengenai tenaga dan teknologi nuklear boleh diadakan dengan menekankan pelbagai aspek pemahaman dan melihatnya dari sudut perspektif berbeza.

“Ini bertujuan menentukan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara dengan
kaedah fleksibel dan universal supaya tidak ada pihak boleh mensensasikannya atau menjadikannya lebih peribadi.

“PMUKM percaya jika semua pihak mendapat pengetahuan dan maklumat sebenar, mereka tidak mudah mempertikaikannya, selain memudahkan pihak tertentu menjalankan usaha jika ia benar-benar membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Saturday, February 5, 2011

: gambar aku masa dolu2 . tak ingat la tahun bila . heheh . gambar ni masa aku kat rumah iklim 4musim , bukit cerakah , shah alam . aku suka tengaok `background' dia . cantik .. masa ni dia buat musim bunga .. kat sini ada 4musim .
November -Februari : Musim Salji
Mac - Mei : Musim Bunga
Jun - Ogos : Musim Panas
September - November : Musim Gugur
musim bunga je aku sempat pergi , huhu . tapi memang best la kalau sapa2 pergi sini .. <3